Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan pastikan golongan M40, B40 miliki rumah sendiri - Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan pastikan golongan M40, B40 miliki rumah sendiri - Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap golongan rakyat termasuk golongan kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

Menurut beliau, setakat ini, sebanyak 83,759 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) telah disiapkan di seluruh negara untuk golongan kurang berkemampuan, manakala sebanyak 25,000 unit lagi masih dalam peringkat pelaksanaan dan dijangka siap sebelum 2020, dengan keseluruhan projek menelan peruntukan RM6 bilion.

Selain itu, katanya, kerajaan mengambil inisiatif membina rumah PPR yang mengandungi nilai subsidi terbesar kepada rakyat, contohnya PPR Sri Aman di Jinjang, di sini, yang dijual pada harga RM35,000 walaupun kos asalnya sekitar RM150,000 seunit.

"Jika dilihat, harga pasaran untuk PPR Sri Aman adalah dalam lingkungan RM200,000 seunit, namun kerajaan hanya menawarkan dengan harga RM35,000 kepada rakyat.

"Ia sebenarnya turut menambah kekayaan aset kepada rakyat, kerana nilainya akan meningkat pada masa akan datang, malah, ia juga akan menjadi harta pusaka kepada keluarga," katanya ketika merasmikan PPR Sri Aman, Jinjang dan melancarkan Perumahan Transit Belia di sini, hari ini.

Turut hadir, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulas lanjut, Najib berkata kerajaan turut prihatin terhadap kebajikan golongan belia apabila menyediakan perumahan transit belia sehingga mereka mampu membeli rumah sendiri yang lebih baik.

"Pendekatan perumahan transit belia ini melibatkan kerjasama pihak swasta dan kerajaan dalam membantu golongan belia menyewa rumah di samping menabung bagi membeli rumah impian mereka," katanya.

Setakat ini, katanya, sebanyak 2,010 unit perumahan transit belia yang akan disewakan kepada golongan itu dengan sewa bulanan sebanyak RM500.

"Daripada jumlah sewa bulanan sebanyak RM500 yang dikenakan kepada mereka, sebanyak RM250 adalah tabungan setiap bulan selama lima tahun yang bila dikumpulkan akan dapat sebanyak RM15,000 sebagai deposit untuk membeli kediaman baharu. Itu yang kita usahakan sebagai kerajaan," katanya.   

PPR Sri Aman dibina di atas tapak seluas 3.97 hektar dengan kos sebanyak RM216 juta. Projek ini terdiri daripada empat blok rumah pangsa  19 dan 20 tingkat dengan jumlah unit sebanyak 1,600 dengan keluasan 700 kaki persegi.

PPR ini antara lain dilengkapi dengan dewan komuniti, surau, taman asuhan, medan selera, blok tempat letak kereta dan ruang pengurusan jenazah bagi bukan Islam.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima 1,000 unit rumah PPR Sri Aman daripada KPKT untuk menempatkan penduduk setinggan di Jinjang Utara.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y9jyYl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.