Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘TUKANG CUCUK’ TAK AKAN BERJAYA DI PERAK, KATA ZAMBRY - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘TUKANG CUCUK’ TAK AKAN BERJAYA DI PERAK, KATA ZAMBRY

SEBARANG usaha daripada mana-mana pihak dengan menjadi ‘tukang cucuk’ kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) di Perak tidak akan berjaya, kata Menteri Besar Perak Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata BN di negeri itu mengambil pendekatan untuk berbincang bersama semua parti komponen dalam sebarang perkara berbangkit termasuk berkaitan pengagihan jawatan Ahli Majlis di peringkat daerah.

“Jangan ada mana-mana pihak yang suka-suka nak cucuk. Cara kita mudah, duduk bincang apa juga perkara dan kadang kala kita buat secara tertutup,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Parti Barisan India Se-Malaysia (IPF) di Ipoh, hari ini.

Selain itu, Zambry berkata BN negeri Perak telah membuat segala persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)  yang mungkin diadakan pada bila-bila masa.

Katanya beberapa parti komponen dan ‘Friends of BN’ sedang giat mengadakan mesyuarat serta persiapan jentera untuk PRU tersebut demi memastikan BN kekal berkuasa di Perak.

“Seperti kita lihat hari ini, IPF sudah mula mengadakan mesyuarat perwakilan mereka dan walaupun mereka menjadi rakan kita namun, kesetiaan kepada BN tidak pernah luntur.

“Inilah sumber kekuatan kita di mana semua parti komponen dan penyokong bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan negeri ini akan terus berada dalam genggaman kita”, katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya Presiden IPF, M. Sambanthan berkata walaupun belum mendapat restu untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atas tiket BN, namun parti itu tetap memberi sokongan kepada BN.

“Dapat atau tidak dapat (bertanding) kita tetap akan memberi sokongan. Walaupun  ada tawaran dari pembangkang kita tetap bersama Perdana Menteri Najib Razak,” katanya.

– Bernama

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xprXKX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.