Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Sebuah Ambulans 'Makan Orang' Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Sebuah Ambulans 'Makan Orang' Di Persimpangan Lampu Isyarat Di Bukit Mertajam


GEORGETOWN - Satu rakaman video yang menunjukkan sebuah ambulan swasta yang terbabit dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan perlanggaran dengan dua buah kereta serta beberapa buah motosikal di satu persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam pada pagi semalam jadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 pagi itu di simpang empat Jalan Song Ban Kheng - Jalan Chiang Heng Kai telah dirakamkan menggunakan satu kamera yang diletakkan di hadapan sebuah kereta yang ketika itu berada di lokasi kemalangan.

Melalui rakaman itu, sebuah ambulan jenis Nissan Urvan berserta dengan siren yang sedang berbunyi diikuti lampu yang sedang menyala dilihat telah menghentam sebuah kereta jenis Honda City dan juga sebuah kereta Perodua Kancil ketika melintasi jalan berkenaan.


Kedua-dua buah kereta tersebut dilihat telah melintasi jalan berkenaan selepas lampu isyarat bertukar kepada warna hijau.

Disebabkan perlanggaran itulah yang menyebabkan ambulan berkenaan telah terbabas ke laluan lain sehingga merempuh sekumpulan penunggang motosikal yang sedang menunggu untuk meneruskan perjalanan di lampu isyarat.

Ambulan berkenaan dilihat telah melanggar 3 buah motosikal, manakala seorang penunggang motosikal kelihatan terpelanting selepas dilanggar.

Menurut laporan FMT, pihak polis berkata, pemandu ambulan terbabit berusia 40 tahun dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan. Pada ketika itu ambulan berkenaan tidak membawa pesakit dan sedang bergegas untuk ke lokasi di Simpang Ampat kerana kecemasan.


Menurut Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, penunggang motosikal yang berusia 43 tahun dan 2 orang lagi penunggang telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Kes berkenaan kini akan disiasat di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. - www.koleksiviral.com


Koleksi video viral edisi 2017




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vXLRvX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.