Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Ya… Saya Pernah Susah” – Amelina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Ya… Saya Pernah Susah” – Amelina

PENYANYI dangdut Amelina menafikan dia tidak mampu untuk menampung keluarga dan melalui kehidupan yang susah sejak bergelar ibu tunggal.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 43, berkata dia kini hanya bekerja mencari rezeki untuk anak-anak sahaja.

“Apa yang saya perjuangkan sekarang adalah untuk mencari rezeki untuk anak-anak. Bukan disebabkan saya hidup susah.

“Kalau sebelum saya kembali aktif dalam dunia nyanyian memang tidak dinafikan saya perlu bekerja keras sebab kehidupan saya susah.

“Alhamdulillah bila kita melakukan sesuatu dengan niat yang betul, Allah membukakan rezeki dan diterima semua pihak termasuk media dan peminat,” kata Amelina .

Amelina pernah melalui kesusahan ketika mengambil keputusan untuk kembali aktif selepas 15 tahun meninggalkan industri.
Amelina ditemui pada sidang media pelancaran mini konsertnya di restoran D’Saji Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Mini konsert pertamanya ini akan diadakan pada 29 September ini di restoran berkenaan.

Showcase Live Ratu Dangdut Malaysia ini akan berlangsung selama dua jam dan tiket berharga bermula dari RM100 hingga Rm250 boleh didapati di kaunter restoran tersebut.

Amelina berkata dia mengaku pernah melalui kesusuhan hidup ketika mengambil keputusan untuk muncul kembali selepas 15 tahun meninggalkan industri seni.

Bagi Amelina, sebagai seorang ibu dan penjaga dia ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sehingga berjaya.

“Saya dah pernah lalui kesusahan itu tapi sekarang semuanya sudah stabil. Sebagai ibu, apabila ada tanggungjawab kita rasa dah lakukan sesuatu yang berjaya.

“Anak-anak pun semuanya baik-baik. Sekarang ini rezeki sentiasa ada,” ujarnya.

Amelina mempunyai enam orang anak iaitu empat lelaki dan dua orang anak perempuan.

Anak lelakinya ialah Putera Al’affiq, 15, Putera Al’asyraff, 14, Putera Al’arffa, 10 dan  Putera Al’amzarr, 8.

Manakala dua orang anak perempuan pula Puteri Nur’athirah, 16, dan Puteri Nur’aisyurrah, 12.

Dalam pada itu, Amelina memberitahu sehingga kini dia kerap menerima tawaran untuk membuat persembahan bagi syarikat korporat dan majlis tertutup.

“Kebanyakkan saya terima tawaran untuk membuat persembahan bagi syarikat koporat dan majlis tertutup.

“Dari situ rezeki saya untuk menampung kehidupan dan anak-anak saya,” katanya.

The post “Ya… Saya Pernah Susah” – Amelina appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jypGHf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.