Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Cara Untuk Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Sukar Untuk Membuat Keputusan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Cara Untuk Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Sukar Untuk Membuat Keputusan

Tidak kiralah sama ada anda pekerja atau pemilik bisnes, antara cabaran terbesar anda dalam menjalani rutin harian semasa bekerja adalah bagaimana untuk menghadapi sikap pelanggan.

Walaupun anda sudah menawarkan perkhidmatan dan produk yang bagus namun itu bukan jaminan yang pelanggan akan terus membelinya.

Sudah pasti anda harus mengalami beberapa fasa dengan pelanggan anda seperti mereka membuat ‘survey’ sahaja terlebih dahulu, mereka bertanyakan soalan, mereka menunjukkan minat, mereka tidak tahu mahu memilih yang mana satu dan pelbagai jenis kerenah lagi.

Kedengaran rumit tetapi jika anda menjadi pelanggan mungkin anda akan melakukan perkara yang sama seperti mereka.

Namun, tidak dinafikan, pelanggan yang berminat tetapi tidak dapat membuat keputusan boleh membuatkan anda berasa geram.

Berikut adalah tip-tip bagaimana untuk menangani pelanggan kategori ini:

#1-Mudahkan Keraguan Mereka.

Image result for indecisive customers

Tujuan utama anda melayan pelanggan dengan sabar adalah untuk ‘closing sale’ dan apabila anda berhadapan dengan ketidakpastian mereka setelah menawarkan segalanya, anda harus bantu mereka.

Mudahkan dan ringkaskan apa yang menjadi keraguan mereka untuk membeli produk atau melanggan servis anda.

Daripada memujuk dan menjanjikan perkara manis yang belum tentu benarnya, sebaiknya anda ambil berat dengan perkara yang mereka khuatirkan atau was-was mengenai produk anda dan berikan maklumat yang diperlukan untuk buang keraguan mereka.

Bantulah mereka agar mereka percaya kepada anda dan daripada situ mereka akan beli daripada anda.

#2- Tenangkan Emosi Pelanggan.

Image result for indecisive customers

Apabila anda dapat merasakan yang pelanggan anda tidak dapat membuat keputusan kerana masih meragui kualiti produk yang anda tawarkan, anda boleh berikan beberapa contoh produk lain atau berbicara mengenai servis lain yang hampir menyamai apa yang anda tawarkan.

Tujuan anda berbuat begini adalah untuk membuatkan mereka faham dan percaya apa yang anda lakukan.

Apabila mereka mengetahui yang apa yang anda tawarkan bukanlah perkara aneh, tetapi sudah dilakukan oleh orang lain, bahkan tawaran anda lebih baik berbanding peniaga lain, pasti mereka akan tertarik untuk menerimanya.

#3-Bina Jangkaan Yang Realistik Untuk Pelanggan.

Image result for indecisive customers

Pelanggan selalunya akan membuat jangkaan yang tinggi daripada yang sepatutnya.

Apabila pelanggan membayar apa-apa produk atau servis, mereka mengharapkan masalah mereka akan selesai sebagaimana yang dijanjikan. Bahkan mungkin lebih lagi.

Jangan janjikan bulan dan bintang kepada pelanggan anda semata-mata anda mahu mereka membeli produk anda.

Jika anda sendiri tahu itu tidak akan berlaku sebagaimana yang dikata atau anda sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku, jangan janjikan macam-macam kepada pelanggan anda.

Pelanggan akan membeli atas dasar percaya berdasarkan kata-kata anda dan mereka akan berasa sangat kecewa dan marah sekiranya apa yang anda katakan tidak berlaku.

#4-Pastikan Anda Ada Sistem ‘Follow-Up’.

Image result for indecisive customers

Adalah penting untuk anda memiliki sistem ‘follow-up’ dengan pelanggan yang konsisten dan teratur.

Dalam dunia persaingan bisnes yang sengit ini, adalah penting untuk anda sentiasa mengambil tahu reaksi pelanggan terhadap bisnes anda.

Dengan melakukan ‘follow-up’ dengan pelanggan secara konsisten, ia akan bantu anda untuk berhadapan dengan pelanggan yang sukar membuat keputusan.

Buat follow-up secara konsisten seperti 2 kali seminggu dan lama-kelamaan kurangkan kadar ‘follow-up’ apabila ‘feedback’ yang diberikan konsisten dengan positif.

Jika apa yang berlaku adalah sebaliknya, hendaklah anda lakukan sesuatu sebagai penambahbaikan kepada produk anda agar mereka terus percaya kepada anda dan produk anda.

Sistem ‘follow-up’ anda haruslah berdasarkan situasi bisnes anda sendiri. Lakukan ‘follow-up’ yang membantu pelanggan anda kekal bersama anda.

#5-Jujurlah Dengan Pelanggan Anda.

Image result for indecisive customers

‘Honesty is the best policy’. Ungkapan ini merupakan satu nasihat yang bagus untuk semua orang dalam apa jua situasi.

Pastikan anda jujur dengan keadaan produk, bahan yang digunakan, kelebihan dan kesannya, tempoh masa yang diperlukan untuk mendapat hasil atau keputusan dan lain-lain.

Apapun keraguan yang mereka ada, jelaskan dan bagi informasi kepada mereka sejujurnya.

Walaupun mereka tidak membeli saat ketika itu namun ada kemungkinan mereka akan mengingati anda, produk anda, kejujuran anda dan membelinya pada lain hari.

Jika anda belajar untuk menangani pelanggan anda dengan baik, anda akan berjaya mencapai matlamat bisnes anda dengan lebih mudah.

Anda akan belajar siapa yang patut mendapat keutamaan dan siapa yang patut anda habiskan lebih banyak masa bersama.



Sumber 5 Cara Untuk Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Sukar Untuk Membuat Keputusan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fYKKlo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.