Takut kena marah, bersembunyi dalam rekahan konkrit
KUCHING, SARAWAK - Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun didapati bersembunyi di bawah rekahan lantai konkrit yang dipercayai berjaya dipujuk dan diselamatkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Petrajaya.
Dalam kejadian di Sekolah Kebangsaan Semerah Padi, Samariang, petang semalam, mangsa dikatakan bersembunyi di bawah rekahan itu kerana bimbang dimarahi oleh ibunya, memetik kenyataan dari laman Facebook Kamek Miak Sarawak (KMK).
Jabatan Bomba dan Penyelamat Petrajaya yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kemudian menghantar sepasukan anggotanya ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, anggota bomba cuba memujuk dan mengeluarkan murid tahun empat itu dengan mengajaknya berjalan-jalan dengan kereta bomba.
Walaupun menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan kanak-kanak berkenaan berikutan saiz lubang yang agak kecil di samping bimbang ada haiwan atau serangga berbisa di dalam lubang itu, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dalam operasi yang mengambil masa lebih kurang sejam.
"Alhamdulillah, kami berjaya dalam operasi kali ini. Menitis air mata bila membawa dan melihat wajah anak ini yang kesejukan dan keletihan," kata salah seorang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya.
Difahamkan, kanak-kanak itu selamat dan hanya mengalami kekejangan di bahagian kaki dan telah diperiksa oleh pasukan perubatan bomba (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.
Sumber Takut kena marah, bersembunyi dalam rekahan konkrit
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g9SJjt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment