Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adakah isu ini akan membuatkan Shafie panas punggung? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adakah isu ini akan membuatkan Shafie panas punggung?

Kes seleweng: Pemimpin pemuda Warisan, Umno Sabah ditahan

  | October 9, 2017
3 lagi individu ditahan ditahan dalam siasatan SPRM ke atas penyelewengan RM1.5 bilion.
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin Pemuda Parti Warisan Sabah (Warisan) dan 2 pemimpin Pemuda Umno Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dalam siasatan ke atas penyelewengan RM1.5 bilion yang dimaksudkan untuk pembangunan luar bandar Sabah.
The Star Online melaporkan mereka yang ditahan ialah Ketua Pemuda Warisan Datuk Azis Jamman, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawau Ariffin Kassim.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki hari ini mengesahkan perkara tangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Tangkapan ini menyusuli tahanan reman 5 hari ke atas Naib Presiden Warisan Datuk Peter Anthony dan ahli perniagaan Yu Sin Kong 6 Oktober lalu.
“Kita sedang fokus projek RM1.5 bilion yang melibatkan projek persekutuan dijalankan di Sabah. Kita akan panggil siapa sahaja yang kita rasa boleh bantu siasatan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada sidang media di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka di ibu negara.
Sebelum ini dilaporkan beberapa ahli perniagaan dan kontraktor di Sabah yang menerima projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, kini presiden Warisan.
Berita Harian melaporkan sebanyak 350 projek di 9 daerah di Sabah, membabitkan dana awam bernilai RM7.5 bilion, berada dalam radar SPRM.
Projek berkaitan pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu dilaksanakan dalam tempoh 2009 hingga 2015, dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8H2t6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.