Harga Emas Pasaran Global Capai Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu
Harga emas naik ke paras tertinggi dua minggu lalu ini pada Selasa berikutan kebimbangan terhadap isu geopolitik. Pergolakan geopoltik menyebabkan peningkatan permintaan terhadap aset safe-haven walaupun dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sekali lagi tahun ini.
Harga emas di pasaran hadapan Comex meningkat sebanyak $9.25 atau 0.72% setakat pukul 10.13 pm. Ini adalah kenaikan tertinggi sejak 27 September yang lalu.
Laporan berita Korea Utara yang sedang membuat persediaan percubaan pelancaran peluru berpandu menyebabkan para pelabur mengambil sikap berhati-hati.
Pyongyang menyatakan bahwa Presiden Kim Jong-un telah menyiapkan peluru berpandu nuklear jarak jauh yang mampu menjangkau ke Amerika Syarikat. Hal ini merupakan jawapan dari Kim setelah Presiden Trump mengancam Korea Utara baru-baru ini.
Dalam pada masa yang sama, U.S juga berhadapan dengan masalah diplomatik dengan Turki yang menyebabkan pembatalan perkhidmatan visa di antara dua buah negara tersebut.
Indeks US dolar jatuh sebanyak 0.49% ke paras 93.09 sekaligus telah menghapus pengukuhan indeks ini ke paras tertinggi 10 minggu yang lalu di paras 94.10.
Harga emas sensitif dengan perubahan risiko geopolitik. Jika risiko tersebut memberi kesan kepada ekonomi global, kebanyakan pelabur akan memindahkan dana ke dalam aset safe haven seperti emas yang dipercayai dapat mengekalkan nilai pelaburan mereka.
The post Harga Emas Pasaran Global Capai Paras Tertinggi Dua Minggu Lalu appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gsheoK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment