Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zulin Aziz Mangsa Baru Foto Lucah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zulin Aziz Mangsa Baru Foto Lucah

zulin aziz mangsa terbaru foto lucah 1 255
Kredit foto: Twitter Zulin Aziz & Instagram Zulin Aziz

Giliran penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz pula dikaitkan dengan isu gambar lucah yang dihantar ke akaun Twitternya.

Difahamkan, foto Zulin disunting yang mana gambarnya bertudung dipadankan dengan tubuh individu lain.

Penyampai radio itu terkejut apabila membuka laman Twitter Sabtu lalu.

Kata Zulin, individu tidak bertanggungjawab itu memuatnaik fotonya dengan kapsyen lucah menggunakan akaun palsu.

“Sejak bergelar artis, ini pengalaman pertama saya menerima gangguan lucah sebegini. Saya sudah minta peminat melaporkan kepada pihak Twitter agar akaun palsu itu dipadamkan.

“Memang sah bukan tubuh saya kerana ‘orang’ dalam gambar itu sangat gemuk. Walaupun itu bukan saya dan sedia maklum ia disunting, saya tetap terkejut kerana ada individu tergamak melakukannya.

“Saya rasa akaun Twitter itu milik seorang wanita atau remaja kerana suntingan gambar dan kata-katanya agak keanak-anakkan,” katanya.

zulin aziz mangsa terbaru foto lucah 2

Kredit foto: Twitter Zulin Aziz

Zulin menasihatkan agar perbuatan tidak senonoh itu dihentikan segera kerana amat memalukan.

Pintanya agar netizen menggunakan laman sosial dengan bermanfaat, sekaligus melupakan niat untuk meraih populariti dengan kegiatan tidak bermoral.

“Bukan setakat menjatuhkan air muka saya, perbuatan itu juga boleh mengundang musibah lebih besar jika ada yang salah faham.

“Dia turut menghantar video lucah di Twitter. Gunakan media sosial secara betul dan janganlah cuba meraih populariti dengan cara begini,” katanya.

Zulin juga tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada polis jika perbuatan itu berulang.

Sumber berita: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y7gTSA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.