Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami tikam jantung rakan serumah kerana menggoda isterinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami tikam jantung rakan serumah kerana menggoda isterinya

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki mati ditikam oleh rakan serumahnya kerana disyaki telah menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya, lapor Harian Metro. 
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy, berkata, mangsa dan abangnya warga Madura tinggal bersama suspek dan isterinya di tapak Sky Awani Kondominium, Kampung Batu Muda sejak dua bulan lalu. 
"Sepanjang tinggla bersama, Horiri menjalinkan hubungan gelap dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Yumyat.
"Bagaimanapun perbuatannya diketahui oleh suami wanita terbabit yang pernah memberi amaran kepada abang mangsa agar menjauhi isterinya," katanya. 
Malangnya mangsa masih terus menggoda isteri suspek menyebabkan suspek marah lalu bertindak menikam mangsa menggunakan pisau sebanyak tiga kali dalam kejadian Rabu lalu. Kepala mangsa juga dijirus dengan air panas, dipercayai ritual kepercayaan masyarakat Madura sebelum suspek melarikan diri. 
Siasatan awal mendapati, mangsa ditikam di belakang badan, tengkuk dan dada kiri sehingga menembusi jantung dan paru-parunya yang menjadi punca kematian mangsa. 
Hasil maklumat yang kita terima, motif pembunuhan ini adalah disebabkan perasaan cemburu di mana mangsa dipercayai menjalinkan hubungan dengan isteri suspek. 
"Ketika ditemui, terdapat tiga kesan tikaman dan salah satunya mengenai jantung serta paru-paru punca kematian," katanya. 
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai mengesan dua suspek pasangan suami isteri yang dipercayai masih bersembunyi di negara ini, menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Farokh Faisal Ahmad di talian 017-7762991.


Sumber Suami tikam jantung rakan serumah kerana menggoda isterinya

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8Wful

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.