Hi! Welcome Back and Stay Tune! Instagram Stories Kini Boleh Dikongsikan Terus Menjadi Facebook Stories - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Instagram Stories Kini Boleh Dikongsikan Terus Menjadi Facebook Stories

Instagram sebelum ini telah menguji ciri perkongsian Instagram Stories terus kepada Facebook Stories. Kini, lanjutan daripadanya, ciri berkenaan telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia secara berperingkat.

Kini, apabila anda ingin kongsikan sesuatu Story melalui Instagram, anda diberikan pilihan untuk turut menerbitkannya sebagai Facebook Story.

Instagram Stories

Pengguna turut boleh menetapkan pilihan ini dengan memilih ruangan tetapan (penjuru atas kiri daripada skrin kamera ketika membuat Story di Instagram), dan seterusnya memilih tetapan menerbitkan terus pada Facebook Story (pilihan kedua terakhir dibawah).

Langkah ini juga secara tidak langsung menjadikan ciri Facebook Stories mempunyai lebih banyak kandungan – selain memudahkan pengguna berkongsi ke platform Facebook tanpa perlu membuat sesuatu perkongsian berkenaan kembali.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh mengemaskini aplikasi Instagram anda hari ini, dan mencuba ciri baru ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zcUgK5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.