Sakit Jantung Tak Halang Jadi Sado
Semakin ramai yang mementingkan kesihatan dan bersenam serta mengamalkan gaya hidup sihat tanpa mengira usia, jantina dan keadaan kesihatan mereka. Seorang lelaki mempunyai penyakit jantung memilih untuk bersenam walaupun dia sedar akan risiko yang diambilnya.
BACA: Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan
Memiliki badan sado atau gagah seperti model antarabangsa dan jaguh bina badan adalah ayat yang sesuai untuk menggambarkan Andrew Jones, kecuali dia terpaksa bergantung kepada jantung tiruan.
Pada tahun 2012, Andrew disahkan menghidap Hypertrophic Cardiomyopathy tahap akhir yang menyebabkan dia terpaksa menunggu penderma jantung pada jangka masa yang lama.
Dia masih bersenam walaupun ditahan di wad dan wayar berselirat di badannya sementara menunggu pemindahan jantung.
Menurutnya, sakit bukan alasan untuk dia tidak bersenam walaupun dia sebenarnya berada dalam tahap kritikal. Bersemangat betul abang sado sorang ni.
Selain itu, Andrew turut membuka yayasan “Hearts at Large” untuk membantu golongan sepertinya. Dia bukan saja bersemangat tapi dia juga mempunyai hati yang baik kerana masih memikirkan mengenai orang selain walaupun dia sendiri sedang sakit.
Sehingga kini dia masih menggunakan jantung tiruan dan menggalas beg yang berisi mesin jantung tiruan ke mana-mana saja dia pergi.
Malah, Andrew juga merupakan seorang model fitness profesional. Kisahnya memberi inspirasi kepada orang ramai yang senasib dengannya agar lebih positif dan hargai setiap masa yang ada dengan gembira. Fighting!
ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Ini Murtabak Gemuk & Besar Kami Pernah Tengok
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
“Ini Baru Johor”
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ydGLLU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment