Zaid cabar menteri Umno bertindak terhadap Zamihan
Bekas menteri Zaid Ibrahim berkata berkata bahasa kasar yang digunakan untuk mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perlu tindakan segera.
PETALING JAYA: Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim mencabar menteri Umno supaya mengambil tindakan terhadap seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana mengkritik Sultan Johor dengan kasar.
Perkembangan ini susulan laporan awal hari ini di mana seorang pegawai Jakim, Zamihan Mat Zin, mengkritik Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengarahkan seorang pengusaha dobi menghentikan dasar “orang Islam sahaja” di Muar, Johor bulan lepas.
Dalam satu kuliah agama di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Shah Alam pada Ahad, Zamihan berkata arahan itu tidak boleh diterima dan bersifat melampau.
Bercakap kepada FMT, Zaid berkata bahasa kasar Zamihan itu memadai sebagai asas untuk diambil tindakan oleh menteri Umno, dan beliau secara khusus merujuk kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom bukan sahaja sebagai menteri Umno tetapi juga ketua Jakim.
“Kamu tidak boleh cakap sebegitu kepada raja,” katanya. “Sekalipun kamu tidak bersetuju dengan mereka, kamu perlu tunjukkan rasa hormat.
“Sama ada menteri atau ketua pengarah Jakim harus respon. Jika tidak, ia sangat memalukan kerana pertama sekali, menunjukkan kurang rasa hormat, dan kedua, menunjukkan kebodohan.
“Kamu tidak boleh bertolak ansur dengan kenyataan seperti itu dari seorang penjawat awam.”
Zaid berkata kenyataan Zamihan itu menunjukkan kebodohan kerana mendakwa orang bukan Islam dan orang Cina, khususnya, tidak bersih kerana mereka membersihkan diri dengan kertas tandas selepas membuang air.
“Mengatakan orang Cina kotor hanya kerana mereka menggunakan kertas tandas satu kenyataan yang bodoh dan sangat memalukan.”
Dalam video yang terdedah kepada orang awam, Zamihan dirakamkan sebagai berkata orang Cina tidak membasuh diri selepas membuang air.
“Bagaimana tentang darah-darah haid mereka pada pakaian dalam mereka? Ada peluk anjing, ada dakap anjing, minum arak, tumpah arak, makan babi, sup babi, kena pada pakaian.
“Itu semua sinonim dengan mereka,” katanya.
Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Maszlee Malik berkata Zamihan, yang juga presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), bukan sahaja menunjukkan dia sama sekali tidak menghormati sultan ketua Islam di Johor tetapi juga membuka laluan kepada ekstremisme dan polarisasi.
“Kenyataan Zamihan itu berdasarkan kepada tanggapan mengenai orang bukan Islam akibat kurangnya keterlibatan antara dia dan orang seumpamanya dengan orang bukan Islam,” katanya kepada FMT.
“Itu sama sekali bukan apa yang diajarkan Islam dalam Al-Quran atau pesan nabi.
“Saya khuatir Islam jenama Zamihan dan Aswaja yang cuba diajarkan akan pasti melemahkan wawasan ‘Bangsa Johor’ yang digalakkan oleh sultan.” FMT
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ydEpMT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment