Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota polis tersebut bukan pegang sebaliknya nak tolak tangan wanita itu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota polis tersebut bukan pegang sebaliknya nak tolak tangan wanita itu

POLIS masih menjalankan siasatan berhubung gambar anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat yang dilihat memegang tangan seorang wanita berpakaian seksi dan segala hasil siasatan adalah berdasarkan fakta.

Baca artikel sebelum: Anggota polis kantoi ‘mesra’ dengan pelacur ditukar serta merta

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, orang awam diminta menunggu hasil siasatan dilakukan pihaknya dan tidak menerima 100 peratus sebarang maklumat dikongsikan menerusi laman sosial yang tidak disahkan sumbernya.

“Siasatan masih lagi dijalankan. Apa-apa yang orang awam hantar dan terima menerusi Internet atau WhatsApp tu biarlah. Benda dah ‘viral’ (tular), tetapi kita tetap jalankan siasatan dan sebelum nak kata apa-apa, semuanya kena berdasarkan fakta.

“Seperti apa yang saya katakan sebelum ini, sejak gambar itu dikongsi di laman sosial, dua anggota polis itu sudah dipindahkan keluar dari tugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan diletakkan dalam tugas yang tidak ada hubung kait dengan masyarakat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau diminta memberi pengesahan tentang satu laporan awal berhubung kejadian itu yang dikongsikan netizen di Facebook yang didakwa perkara sebenar.

Bagaimanapun, Mohd Khalil enggan mengulas lanjut dan memberitahu siasatan masih dijalankan.

Berdasarkan maklumat dalam laporan awal yang tular itu, dua anggota berkenaan didakwa sedang melakukan tugas rondaan MPV di sekitar Bandar Utama, Segamat, antara 4 petang hingga 12 tengah malam, sebelum memberhentikan kenderaan itu di hadapan dua wanita dipercayai warga Thailand yang berada di kaki lima hadapan deretan kedai, pada 10 malam.

Dakwa laporan itu, seorang anggota yang juga memandu MPV berkenaan kemudian menurunkan cermin dan bertanya apa yang sedang dilakukan wanita berkenaan di kawasan itu.

Dakwanya, seorang wanita kemudian menghampiri kereta berkenaan dan menyatakan sedang bekerja sambil meletakkan tangan di cermin kereta.

Pada masa sama, seorang lagi wanita dikatakan mengambil gambar kejadian itu.

Anggota polis yang dilihat memegang tangan wanita itu dikatakan sebenarnya hendak menolak tangan wanita terbabit selepas nasihat anggota itu supaya wanita berkenaan tidak meletakkan tangan di tingkap kereta MPV tidak diendahkan.

Kedua-dua anggota polis itu kemudian dikatakan terus beredar tanpa membuat pemeriksaan ke atas dua wanita berkenaan.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Anggota polis tersebut bukan pegang sebaliknya nak tolak tangan wanita itu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g8BChF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.