Nokia Menghentikan Pembangunan Dan Penjualan Kamera Ozo
Nokia Ozo ialah kamera realiti maya dengan kemampuan merakam secara 360 darjah. Ketika dilancarkan pada tahun 2015, ia adalah kamera yang dihasilkan untuk tujuan realiti maya oleh pengguna profesional. Hari ini Nokia mengumumkan pembangunan dan penjualannya telah dihentikan. Ini adalah kerana perkembangan realiti maya dan jualannya adalah lebih perlahan dari dijangka.
Nokia kini akan menumpukan perhatian kepada pembangunan sektor kesihatan dan paten. Penghentian ini menyebabkan 310 kakitangan Nokia Technologies kehilangan kerja. Ini bersamaan dengan 35% jumlah kakitangan mereka. Sejak kebelakangan ini sambutan ke atas teknologi realiti maya sudah semakin berkurangan. Tumpuan sudah berpindah ke teknologi realiti gabungan seperti yang diperlihatkan oleh Apple ARkit dan Microsoft Mixed Reality. Pada waktu yang sama harga jualan Ozo yang amat mahal sekitar RM 253,000 sebuah turut menyebabkan sambutan kurang memuakan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zcaOlD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment