Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aduh! Zulin Pula Mangsa Foto Lucah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aduh! Zulin Pula Mangsa Foto Lucah

Penyampai radio Suria FM Zulin Aziz menjadi mangsa individu tidak bertanggung jawab apabila beberapa keping gambar miliknya disunting menjadi foto lucah.

Zulin atau Farah Azleenda Abd Aziz 28, berkata, dia terkejut dengan perkara berkenaan dan tidak tahu tujuan sebenar individu yang disifatkan tidak waras itu.

“Saya terkejut apabila ada akaun menghantar gambar-gambar lucah dengan menampal muka saya dalam foto itu.

“Saya tidak tahu siapa punya kerja kerana saya rasa tidak pernah kacau hidup orang pun. Tidak tahu pula ada yang dengki dengan saya,” ujarnya.

Zulin berkata, individu itu menggunakan laman sosial Twitter palsu itu memuat naik beberapa keping gambar miliknya di laman sosial berkenaan dengan kapsyen lucah.

Dalam pada itu, Zulin berkata, ia merupakan kali pertama dia menerima gangguan lucah seperti itu sejak bergelar artis.

“Ini kali pertama saya kena gangguan lucah ini. Pada awalnya saya tidak perasan, namun bila beberapa keping dihantar, saya sedar ia adalah gambar yang memalukan.

“Dia juga turut menghantar video lucah di laman sosial yang sama,” ujarnya.

Sementara itu, Zulin berkata, dia meminta peminat-peminat agar membuat laporan kepada pihak Twitter agar akaun palsu tersebut dipadamkan.

Terdahulu, selain Zulin, beberapa artis lain kebelakangan ini turut menjadi mangsa berkaitan imej lucah seperti Anding, Eyka Farhana dan Feeya Iskandar.

The post Aduh! Zulin Pula Mangsa Foto Lucah appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y874mW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.