Hi! Welcome Back and Stay Tune! BEKAS PENGERUSI SAACHS DIHARAM CEBURI INDUSTRI SEKURITI AS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BEKAS PENGERUSI SAACHS DIHARAM CEBURI INDUSTRI SEKURITI AS

Bekas tokoh perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner, yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, telah diharamkan daripada menceburi industri sekuriti dan saham Amerika Syarikat kerana gagal menyediakan dokumen untuk siasatan pengawal selia.

Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Industri Kewangan (Finra) berkata, pengharaman ke atas Leissner dikeluarkan pada 11 September lalu kerana beliau tidak menjawab permohonan untuk mendapatkan dokumen dan maklumat lain, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Badan industri AS sedang menyiasat tindakan Leissner meninggalkan Goldman Sachs pada awal 2016, khususnya mengenai surat rujukan yang didakwa ditulisnya sewaktu berkhidmat di firma itu.

“Tanpa mengakui atau menafikan sebarang penemuan berkenaan, Leissner bersetuju dengan larangan itu dan fakta penemuan tersebut,” tulis pengawal selia dalam fail Leissner, menurut WSJ.

Leissner, yang dahulunya adalah pengerusi Goldman Sachs bagi Asia Tenggara, menjadi penasihat kepada 1MDB dan didakwa mengeluarkan surat tanpa kebenaran pada bulan Jun 2015 kepada sebuah institusi kewangan di Luxembourg yang menjamin usahawan kontroversial Jho Low, tokoh utama dalam skandal firma pelaburan Malaysia itu.

Goldman Sachs kemudian bertindak menggantung perkhidmatannya, tetapi beliau bertindak meninggalkan firma itu. Susulan itu, Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) mengeluarkan perintah larangan 10 tahun terhadapnya berurusan di negara itu berkuat kuasa 13 Mac 2017.

WSJ melaporkan bahawa jurucakap Finra dan Goldman Sachs, termasuk peguam Leissner enggan mengulas mengenai laporannya itu.

Sebelum ini adalah dilaporkan bahawa Leissner merupakan penggerak utama dalam usaha Goldman Sachs mengumpul AS$6.5 bilion menerusi terbitan tiga bon pada tahun 2012 dan 2013 untuk 1MDB. Perjanjian itu menyaksikan firma tersebut membuat komisen AS$593 juta.

Goldman Sachs mempertahankan yuran berkenaan sebagai mewakili risiko keadaan pasaran ketika itu.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xYsP8l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.