Hi! Welcome Back and Stay Tune! PEGAWAI NAJIB ‘LAGAK MACAM BLACK OPS GUY’? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PEGAWAI NAJIB ‘LAGAK MACAM BLACK OPS GUY’?

PUTRAJAYA – “Individu berkenaan bukan sahaja menawarkan wang kepada saya tetapi saya dimaklumkan individu sama ada kaitan dengan beberapa kes pemimpin Bersatu meninggalkan parti” dakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, ‘tangan’ individu berkenaan ada dalam Exco Armada, Srikandi Bersatu malah turut ada dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

“Dia juga ada kaitan dengan bekas pegawai Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Individu ini memang black ops guy . Sebab itu saya sebut  namakan dia (‘H’) pada sidang media kelmarin supaya dia keluar dan nafikan. Sila saman saya kalau ia tidak benar.

“Kalau kita perhatikan alasan-alasan yang digunakan oleh individu yang telah meninggalkan Bersatu…hampir sama dan mereka hanya membaca kenyataan media yang disediakan individu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, selepas mengadakan sidang media kelmarin, beliau tidak lagi dihubungi pihak yang menawarkan wang berkenaan.

Ditanya mengapa ahli keluarganya diugut, Syed Saddiq berkata, dalam politik orang akan menyerang kelemahan seseorang itu untuk menjatuhkannya.

“Mereka melihat keluarga saya sebagai satu kelemahan saya. Mungkin pihak musuh melihat saya begitu rapat dengan keluarga jadi mereka gunakan ini untuk menyerang.

“Selagi kita tidak bebas daripada ugutan dan  sogokan mereka, kita sentiasa terpenjara dalam salah satu sistem yang merapuhkan negara,” katanya.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xXi4TA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.