Hi! Welcome Back and Stay Tune! Disuntik Ubat Pelali Hingga Khayal, 2 Ekor Kerbau Dicuri Dan Disumbat Dalam MPV.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Disuntik Ubat Pelali Hingga Khayal, 2 Ekor Kerbau Dicuri Dan Disumbat Dalam MPV..


SEREMBAN: Polis menggagalkan cubaan dua lelaki mencuri kerbau dengan mengunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Rasah berhampiran Taman Happy di sini, awal pagi tadi.

Keadaan dua ekor kerbau yang dipercayai dicuri disumbat di tempat duduk penumpang dalam kenderaan MPV jenis Mitshubishi Grandis di Jalan Rasah, Seremban. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Dalam kejadian jam 5.20 pagi itu, pasukan polis peronda lebuh raya mengesan MPV terbabit yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kilometer 263 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Senawang sebelum mengekorinya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman, berkata pasukan itu kemudian mengejar dan mengarahkan pemandu MPV terbabit berhenti namun arahan itu tidak dipedulikan.

MPV jenis Mitshubishi Grandis yang digunakan oleh dua suspek untuk mencuri kerbau di Jalan Rasah, Seremban. - Foto Mohd Khidir Zakaria


"MPV dinaiki dua lelaki itu kemudian keluar dari lebuh raya di Plaza Tol Port Dickson lalu masuk ke Jalan Rasah dan berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan semak, sebelum dua suspek itu keluar daripada kenderaan dan melarikan diri.

"Pemeriksaan dalam kenderaan itu menemui dua ekor kerbau di tempat duduk belakang dalam keadaan khayal dipercayai akibat disuntik ubat pelali," katanya.


Beliau berkata, semakan lanjut mendapati nombor pendaftaran yang digunakan kenderaan itu palsu.

Katanya, dua kerbau terbabit dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sementara siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KEADAAN dua ekor kerbau yang dicuri ditemui mati di kandang Pejabat Veterinar Seremban pagi semalam. - Foto Mohd Khidir Zakaria

Malangnya, dua kerbau itu ditemui mati keesokan pagi.Pegawai Veterinar Seremban, Dr Khairil Azman Zainal Ariffin, berkata, kakitangan jabatan itu menemui haiwan itu mati kira-kira jam 8 pagi di dalam kandang.


Haiwan itu dipercayai mati akibat disuntik ubat pelali berlebihan ketika cuba dilarikan.Katanya, pihaknya akan menjalankan bedah siasat petang ini bagi mengetahui punca sebenar haiwan itu mati.-PENMERAHPRESS

Sumber: BHarian


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQELcX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.