Tuduh ‘Curi’ Tarian Kuda Kepang Pula…
Pengguna media sosial di Indonesia menuduh Malaysia cuba mencuri tarian kuda kepang selepas peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand International dari Malaysia bergambar dengan kuda kepang.
Peserta dari Malaysia, Sanjeda John bergambar dengan pakaian tradisional sambil memegang kuda kepang atau dikenali sebagai kuda lumping di Indonesia dalam satu sesi fotografi baru-baru ini.
Miss Grand International berlangsung di Vietnam pada Khamis ini sebelum berakhir pada 25 Oktober depan.
Ramai pengguna media sosial di Indonesia melahirkan kemarahan dan mendakwa kupang kepang adalah budaya asal penduduk Jawa.
Beberapa pengguna juga menuduh Malaysia sekali lagi cuba mencuri budaya Indonesia.
Sebelum ini, Malaysia juga pernah dituduh media Indonesia mencuri budaya dan makanan negara itu termasuk batik, rendang, cendol dan lagu Rasa Sayang.
Sementara itu, seorang pereka fesyen Indonesia, Rinaldy A Yunardi menggesa kerajaan Indonesia mempatenkan semua budaya dan kesenian milik negara itu.
“Selepas ini apa lagi? Saya harap pemerintah supaya lebih peduli,” katanya yang dipetik Jawa Pos
The post Tuduh ‘Curi’ Tarian Kuda Kepang Pula… appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ynAsqq
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment