Hanya satu urusan AS - Korea Utara akan berjaya
WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa hanya satu perkara akan berjaya melibatkan urusan denga Korea Utara lapor Metro.co.uk
Seperti biasa, Trump menggunakan laman Twitter miliknya petang semalam dalam memberikan kenyataan tersebut.
"Para Presiden dan pentadbiran mereka telah berbincang dengan pihak Korea Utara selama 25 tahun, perjanjian telah dibuat, sejumlah wang yang besar telah dibayar.
"Ia tidak berjaya, penjanjian dilanggar sebelum sempat dakwat kering membuatkan pada perunding AS kelihatan bodoh. Maaf, hanya satu perkara yang yang akan berjayaa," tulisnya.
Bagaimanapun, Trump tidak menjelaskan lebih lanjut maksud Tweet beliau itu namun presiden tersebut berjanji akan 'menghancurkan' Korea Utara sepenuhnya dalam ucapannya yang terdahulu.
Ketegangan antara kedua-dua negara tersebut mencapai paras terburuk tahun ini apabila masing-masing memberikan kenyataan berbaur ugutan. Sinar
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kySq31
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment