Ibu tunggal dan 5 anak hilangkan diri selepas kisah rumah dipenuhi sampah didedah
Wanita yang tinggal di rumah dipenuhi sampah dan uzur bersama lima anaknya di Kampung Paloh, Pintu Geng, di sini menghilangkan diri selepas kisahnya didedahkan kepada umum.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rahayu Ahmad berkata, susulan pendedahan tersebut, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membuat tindakan susulan mengambil lima beradik berkenaan untuk ditempatkan di rumah perlindungan di Pengkalan Chepa.
Beliau berkata, pihaknya turut difahamkan wanita itu yang dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian air kencing semalam, namun dia dibebaskan selepas prosedur selesai.
“Kami cuba mengesan wanita tersebut di rumahnya hari ini namun gagal. Jirannya memberitahu wanita itu tidak pulang ke rumah malam tadi.
“Setelah diperiksa seluruh bahagian untuk mendapatkan bukti sama ada rumah tersebut memang dijadikan ‘port’ kegiatan menagih dadah. Namun agak sukar mengesahkan kerana seluruh tempat ditimbuni sampah sarap,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rahayu menasihatkan wanita itu supaya tampil di mana-mana pejabat AADK bagi membolehkan pihak mereka membantunya menjalani pemulihan.
“Kalau dia sayangkan anak-anaknya dan mahu mereka kembali ke pangkuan, dia kena ubah diri sendiri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Ibu tunggal dan 5 anak hilangkan diri selepas kisah rumah dipenuhi sampah didedah
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wGi4EA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment