Hi! Welcome Back and Stay Tune! Indah Ruhaila Tersingkir AF Megastar, Amir Jahari Juara Mingguan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Indah Ruhaila Tersingkir AF Megastar, Amir Jahari Juara Mingguan

indah ruhaila tersingkir af megastar amir jahari juara mingguan

Kredit foto: Instagram Akademi Fantasia & Instagram Indah Ruhaila

Konsert Suku Akhir AF Megastar bertemakan 'Ikon' (Mash Up) yang berlangsung di Royal Theater semalam menyaksikan penyingkiran penyanyi Indah Ruhaila daripada persaingan pertandingan.

Indah yang mempertaruhkan lagu-lagu Allahyarham Puan Sri Saloma iaitu Mari Jalan Bersama, Gelora dan Bila Larut Malam gagal memuaskan hati juri profesional yang menyifatkan gaya persembahannya lemah.

Dua lagi bintang yang tersenarai dalam kedudukan tiga terendah adalah Shahir dan Syamel.

Manakala penyanyi Amir Jahari tampil dengan persembahan vokal cemerlang sekaligus melayakkannya meraih gelaran juara mingguan.

Penyanyi kelahiran Sarawak itu memilih lagu ikon pilihannya, Datuk Zainal Abidin berjudul Orak Arek dan Kau Di Hatiku.

Minggu hadapan bakal menyaksikan persaingan separuh akhir oleh tujuh lagi penyanyi yang masih kekal iaitu Marsha, Amir Jahari, Idayu, Bob, Syamel, Amir dan Shahir.

Penilaian diadili berdasarkan format pemarkahan 60 peratus oleh juri profesional dan 40 peratus undian penonton melalui SMS dan laman web.

Juri profesional terdiri daripada dua juri tetap iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS dan guru vokal Syafinaz Selamat bersama seorang juri undangan, aktres Puan Sri Tiara Jacquelina.

AF Megastar bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fWQjAM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.