Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jalaluddin Pengsan Selepas Muncul Dalam Rancangan Live "Assalamualaikum".. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jalaluddin Pengsan Selepas Muncul Dalam Rancangan Live "Assalamualaikum"..


KUALA LUMPUR: Pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan, pengsan selepas menjadi tamu program bual bicara siaran TV AlHijrah, Assalamualaikum, pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif stesen televisyen berkenaan, Datuk Izelan Basar, berkata pelakon berusia 63 tahun itu mengalami sesak nafas ketika menuju ke keretanya selepas berakhirnya program terbabit.

"Selepas selesai siaran langsung di Studio TV AlHijrah di Pusat Islam, kira-kira jam 10 pagi tadi, beliau kelihatan sihat dan meminta diri untuk pulang.

"Dia berjalan kaki ke tempat letak kereta berdekatan Muzium Kesenian Islam, bersebelahan kompleks penyiaran kami.

"Ketika tiba di kawasan parkir, Jalaluddin mengalami sesak nafas dan segera menghubungi anaknya bagi memaklumkan dirinya berasa tidak sihat," katanya yang menghubungi BH Online sebentar tadi.


Kata Izelan, bagaimanapun cubaan anaknya untuk menghubunginya semula tidak berjawab.

"Bimbang akan keadaan ayahnya, anaknya menghubungi ambulans dan memaklumkan keadaan kesihatan serta lokasi ayahnya.

"Ambulans yang tiba di lokasi kira-kira jam 10.30 pagi terus membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Jalaluddin dijemput sebagai tamu program terbabit untuk berkongsi pengalaman membina keluarga bahagia serta tip ke arah kestabilan hubungan keluarga.

Sumber: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xMY5FD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.