Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kafa tuntut penaja bayar baki tajaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kafa tuntut penaja bayar baki tajaan

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) meminta penaja yang masih mempunyai  tunggakan penajaan agar menyelesaikan  wang tajaan berkenaan bagi  membolehkan pihak pengurusan persatuan itu melunaskan baki tunggakan gaji pemain Kelantan.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, isu tunggakan gaji pemain perlu diselesaikan sebelum 15 Oktober, supaya Kafa boleh mengemukakan permohonan baharu mendapatkan lesen kelab daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang akan melayakkan pasukan itu beraksi pada Liga Malaysia musim depan.

“Kami menuntut penaja yang mempunyai tunggakan penajaan bersama kami memenuhi janji mereka kerana wang tajaan tersebut diperlukan untuk membayar tunggakan gaji beberapa pemain yang belum dilangsaikan.

“Penaja harus ingat pemain dan pasukan sudah membawa nama penaja setiap kali beraksi di atas padang, mereka (penaja) perlu bertanggungjawab dengan janji ke atas penajaan mereka itu sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini Kafa telah menyelesaikan tunggakan gaji beberapa bekas pemain Kelantan musim lalu dan musim ini serta bekas jurulatih musim 2016, Velizar Emilov Popov.

Sebelum ini, berikutan tunggakan gaji pemain, pasukan Kelantan dipotong enam mata namun kembali memperoleh tiga mata selepas mengemukakan rayuan kepada Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dan FAM.

Pada masa ini, skuad bimbingan Zahasmi Ismail itu diambang penyingkiran ke Liga Perdana setelah berada pada kedudukan 11 selepas 21 perlawanan.

Kelantan kini bergantung nasib pada perlawanan terakhir bertemu Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 28 Okt depan, untuk kekal beraksi dalam Liga Super musim depan

The post Kafa tuntut penaja bayar baki tajaan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y8ZKqG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.