Kesan lecur 86 peratus, Elizabeth duduki PT3 capai impian
KUCHING, 9 Okt — Kecacatan akibat kebakaran pada 13 tahun lalu tidak menghalang Elizabeth Elida Edward menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), bermula hari ini.
Namun, beliau yang melecur 86 peratus tubuhnya dan sukar bergerak, termasuk menulis, mengambil masa lebih lama menjawab soalan berbanding pelajar normal, lapor Berita Harian.
Sebaliknya, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wira Penrissen itu berkobar-kobar mengambil peperiksaan untuk mencapai cita-citanya menjadi penulis.
“Dia tidak menganggap kekurangan dirinya sebagai satu penghalang untuk berjaya seperti pelajar normal lain, malah mahu membuktikan bahawa insan serba kekurangan juga boleh berjaya jika ada tekad dan iltizam yang tinggi,” kata ibunya.
Murni J Muteh, 42, berkata anaknya berhempas pulas mengulang kaji pelajaran kerana tidak ke sekolah ketika menerima rawatan susulan lima kali seminggu di Hospital Umum Sarawak.
Elizabeth menjalani lebih 30 pembedahan menampal kulit, membaiki struktur kaki dan tangan yang melecur melibatkan kos lebih RM200,000.
Beliau melecur pada 2004 ketika berusia dua tahun selepas terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Stutong manakala dua adik beradiknya terkorban.
Sumber Kesan lecur 86 peratus, Elizabeth duduki PT3 capai impian
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yS5Nh7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment