KHALID SAMAD TIDAK LAWAN SHAHRIR, BIMBANG IBU TERLUKA
KUALA LUMPUR, 4 Okt — Adik Tan Sri Shahrir Samad tidak akan melawannya di parlimen Johor Baru agar tidak menyinggung hati ibu mereka.
Kenyataan Khalid itu, pemimpin kanan Parti Amanah Negara (Amanah), menutup spekulasi beliau akan mencabar bekas menteri itu di kerusi tradisinya.
“Tidak, saya tidak akan mencabarnya. [Pertandingan] ini akan melukakan hati ibu kami,” katanya seperti dilapor The Star Online.
Ura-ura Khalid pulang ke negeri asalnya bertiup susulan kerusinya sekarang, Shah Alam, akan diserahkan kepada presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Namun adik Shahrir tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen lain di Johor, negeri utama sasaran gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH).
Shahrir pula yang dikhabarkan tidak berminat bertanding lagi baru-baru ini ingin mempertahankan kerusi tersebut susulan minat PH di situ.
– Malay mail
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xTtWEK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment