Konsert terunggul Afgan & Ungu
KUMPULAN Ungu yang dianggotai Pasha selaku vokalis, Makki (bass), Enda (gitar), Onci (gitar) dan Rowman (dram) dilihat semakin jarang beraksi di atas pentas.
Bukan kerana tiada tawaran, sebaliknya kesibukan Pasha yang menceburi dunia politik, sejak awal tahun lalu.
Namun, kerinduan peminat terubat apabila mereka kembali beraksi menerusi Konsert Terunggul Afgan & Ungu di Stadium Melawati, Shah Alam, malam kelmarin.
Ini adalah konsert pertama membabitkan lima ahli Ungu selepas kali terakhir beraksi Februari lalu.
Walaupun sudah lama tidak beraksi, persembahan kumpulan ini masih kekal utuh.
Bagi Ungu, Malaysia bukan lokasi baru malah menganggap negara ini umpama kampung mereka kerana selalu berulang-alik ke sini.
“Kita juga gembira dengan kehadiran peminat baru,” kata Pasha kepada media selepas konsert tamat.
Lebih istimewa, Ungu juga dilihat sangat bersahaja ‘memikat’ peminat melalui usikan nakal dan lawak spontan.
“Bagi kita, buat konsert bukan hanya sekadar menyanyi tetapi harus ada connecting di antara kita dengan peminat. Itu akan jadi lebih menarik dan menyenangkan apa lagi penonton turut rasa terlibat sama,” katanya yang cukup berpuas hati dengan sambutan peminat.
Bukan itu saja, Pasha juga berduet dengan peserta Akademi Fantasia (AF), Idayu menerusi lagu Tercipta Untukku.
Ungu turut menyampaikan seleksi lagu popular iaitu Hatiku Hampa, Percaya Padaku, Untukmu Selamanya, Aku Tahu, Andai Ku Tahu, Bila Tiba, Kekasih Gelapku, Berteman Sepi dan Cinta Gila.
“Kita menyanyi 10 lagu, tapi kita rasa tak cukup. Kita mahu tambah lagu tadi tapi takut tak cukup masa,” katanya sambil ketawa.
Ungu juga merancang mengadakan konsert solo selain melancarkan album atau single terbaru, tahun depan.
Konsert Ungu turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga penyanyi tersohor, Afgan.
Walaupun baru tiba dari Korea, bagaikan tiada riak penat pada wajah penyanyi berusia 28 tahun ini.
“Ya, agak capek (penat) sedikit, tapi saya bertenaga selepas melihat sambutan hangat peminat. Saya puas malah happy sangat. Saya jadi tak sabar nak hiburkan mereka,” katanya.
Tampil kelainan, penyanyi berlesung pipit ini memilih lagu yang lebih terarah kepada lagu baru yang terkandung dalam album terbarunya, Sides.
Secara tidak langsung, situasi itu sedikit mengecewakan peminat tetapi masih terhibur dengan aksi lincah dan bersahajanya.
“Saya yang pilih semua lagu. Memang majoritinya lagu baru. Saya sengaja buat begitu, kerana mahu peminat penasaran,” katanya sambil ketawa dan sempat berkongsi perancangannya yang akan kembali ke Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-10 dalam industri muzik, tahun depan.
Dalam konsert itu, Afgan tampil bertenaga menyampaikan lagu Rollercoaster, Pesan Cinta, Katakan Tidak, Jalan Terus, Kunci Hati, Bawalah Cintaku, X, Dia Dia Dia, Knock Me Out dan Inilah Masanya.
Afgan juga membuai perasaan peminat melalui lagu Terima Kasih Cinta, Cinta Dua Hati, Jodoh Pasti Bertemu dan Percayalah walaupun secara medley.
Tidak ketinggalan, Afgan berduet dengan Pasha menerusi lagu Cinta Yang Lain.
“Ini adalah satu penghormatan buat saya kerana dapat satu pentas sama Ungu. Saya sangat menghargainya,” katanya.
Sebagai penutup, Afgan menghadiahkan lagu berhantunya, Bukan Cinta Biasa dan Panah Asmara.
Keseluruhannya, konsert yang dibawakan oleh Popcorn Studio Sdn Bhd ini berjaya memukau lebih 5,000 peminat setia mereka.
Malah, baik Ungu mahupun Afgan, dua bintang besar dari Indonesia ini berjaya meninggalkan momen indah buat peminat di konsert mereka.
The post Konsert terunggul Afgan & Ungu appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xrN6EJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment