Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Tuntut Pampasan Kerana Baju Anak Digunting Semasa Rawatan Kecemasan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Tuntut Pampasan Kerana Baju Anak Digunting Semasa Rawatan Kecemasan

Antara baju dan nyawa anak yang mana lebih penting dan berharga? Di China seorang lelaki menuntut gantirugi kepada para doktor yang menggunting baju anaknya dalam Bilik Kecemasan.

Menurut Encik Li, para kakitangan perubatan harus bertanggungjawab di atas kerosakan dan kehilangan baju anaknya semasa menjalani CPR untuk diselamatkan.

Pada 11 September lalu, anak Encik Li tiba-tiba jatuh pengsan semasa sedang bekerja, lalu dihantar ke Hospital Universiti Zhongnan. Menurut laporan, anaknya tidak bernafas dan tiada denyut nadi.

Para kakitangan perubatan terpaksa melakukan CPR untuk mengembalikan denyutan jantungnya. Mengikut standad operasi, untuk melakukan prosedur ini, baju pesakit harus ditanggalkan, biasanya digunting.

Selepas dirawat anak Encik Li berjaya diselamatkan. Kakitangan perubatan tidak menemui barang berharga pada anaknya. Baju yang sudah koyak digunting telah dibuang ke dalam tong sampah.

Beberapa hari kemudian, Encik Li meluahkan rasa tidak puashati kerana baju anaknya tidak dikembalikan. Menurutnya dia berterima kasih kepada pihak hospital kerana menyelamatkan anaknya, tetapi tidak setuju bajunya dibuang tanpa kebenaran.

Atas kehilangan ini, Encik Li menuntut 1,500 Yuan (RM1,000) dari pihak hospital. Walau bagaimanapun, pihak hospital cuma bersetuju membayar pampasan 1,000 Yuan (RM650). Pampasan ini dibayar secara kongsi oleh empat orang doctor yang menyelamatkan anaknya.

Jadi menurut anda, apakah tindakan Encik Li ini wajar?

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x9C8yv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.