Hi! Welcome Back and Stay Tune! Litar Sepang tidak akan jadi projek ‘gajah putih’, kata PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Litar Sepang tidak akan jadi projek ‘gajah putih’, kata PM

Pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton diarak menaiki kereta antik sebelum memulakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 1 Okt 2017. — Foto BernamaPelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton diarak menaiki kereta antik sebelum memulakan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 1 Okt 2017. — Foto BernamaSEPANG, 1 Okt — Susulan ketiadaan perlumbaan Formula One (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula tahun depan, litar itu tidak akan dibiarkan terabai dan menjadi projek “gajah putih” kata perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Litar Sepang akan dimanfaatkan sepenuhnya dan ia tidak akan menjadi projek gajah putih, banyak aktiviti akan diadakan di situ,” katanya pada sidang media di Pusat Media SIC di sini, hari ini.

Perdana menteri dan timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di litar ini untuk menyaksikan final perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia Petronas 2017.

“Saya datang untuk menonton final perlumbaan  F1 yang diadakan di Litar Sepang dengan diruntun perasaan sentimental, kita telah menganjurkan acara ini selama 19 tahun.

“Kita telah menyaksikan acara hebat dan mengujakan ini selama 19 tahun. Kita telah berjaya meletakkan Malaysia dalam peta dunia dengan penganjuran perlumbaan F1.

“Saya tahu Petronas telah berjaya memahatkan penglibatannya dalam F1, dan juga jenamanya sebagai syarikat minyak negara dan multinasional,” kata Najib.

Najib mengambil perhatian bahawa kerajaan dan menerusi promoter perlumbaan, SIC, kini dalam proses menyusun cara lain untuk diadakan di Litar Sepang.

“Kami akan membangunkan acara permotoran bentuk lain di negara, kami mahu melihat penyertaan lebih banyak rakyat Malaysia. Saya fikir itu yang peminat Malaysia mahu lihat… penyertaan pemandu-pemandu Malaysia,” katanya.

Pada 7 April, Najib dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Malaysia tidak akan lagi menjadi tuan rumah perlumbaan  F1 tahun depan selepas kerajaan bersetuju untuk menamatkan kontrak penganjurannya.

Kontrak itu terpaksa ditamatkan berikutan penurunan ketara hasil pulangan kepada  negara berbanding dengan kos penganjurannya.

“Ia tidak bermakna penganjuran F1 tidak boleh dipertimbangkan di masa depan, dengan syarat keadaan ekonomi adalah baik,” kata Najib. — Bernama



Sumber Litar Sepang tidak akan jadi projek ‘gajah putih’, kata PM

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCprNJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.