Hi! Welcome Back and Stay Tune! Papan Kekunci Mekanikal MasterKeys L Dan S PBT Mula Dijual DI Malaysia – Hadir Dengan Suis Mekanikal Cherry MX Dan Kekunci PBT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Papan Kekunci Mekanikal MasterKeys L Dan S PBT Mula Dijual DI Malaysia – Hadir Dengan Suis Mekanikal Cherry MX Dan Kekunci PBT

Papan kekunci mekanikal kini semakin banyak digunakan oleh pelbagai jenis pengguna PC, tidak kiralah jika mereka tergolong diantara mereka yang gemar bermain permainan komputer ataupun mereka yang seharian menaip di pejabat ataupun di rumah.

Kini, Cooler Master baru sahaja mengumumkan kehadiran siri papan kekunci mekanikal terbaru mereka, Cooler Master MasterKeys PBT, yang terdiri daripada papan kekunci MasterKeys L PBT dan MasterKeys S PBT yang hadir dengan sistem suis mekanikal Cherry MX.

Seperti yang tertera pada nama kedua-dua papan kekunci MasterKeys PBT ini, kekunci yang digunakan merupakan kekunci PBT, dan ini merupakan kekunci premium dan tahan lama. Aksara-aksara yang diukir pada kekunci PBT ini akan mengambil masa yang sangat lama untuk pudar, manakala kekuncinya pula tidak mudah rosak walaupun digunakan dengan kasar.

Cooler Master juga memberi pengguna kekunci PBT berwarna merah untuk mereka yang mahukan sedikit kelainan pada papan kekunci mereka.

Satu lagi ciri menarik yang hadir pada papan kekunci MasterKeys PBT ini ialah ciri menukar susun atur kekunci ini daripada QWERTY ke DVORAK dan juga Wokrman. Pengguna hanya perlu menekan satu butang khas untuk menukar susun atur tersebut, tanpa perlu memasang sebarang perisian pada komputer pengguna.

Papan kekunci Cooler Master MasterKeys L PBT kini hadir di pasaran tempatan pada harga RM359, manakala Cooler Master MasterKeys S PBT, iaitu variasi tenkeyless (tanpa numpad) akan hadir pada hujung bulan November kelak untuk harga yang sama.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gbasn6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.