Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS AJAK RAKYAT TOLAK PARTI PENGKHIANAT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS AJAK RAKYAT TOLAK PARTI PENGKHIANAT

SHAH ALAM – Pas mengajak rakyat menolak parti dan mana-mana pihak yang mahu merungkai asas Perlembagaan tersebut.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ia boleh dianggap sebagai pengkhianat negara yang wajib disingkirkan oleh rakyat.

“Rakyat perlu singkirkan mereka ini sama ada melalui pilihan raya atau tindakan undang-undang yang berani demi menyelamatkan negara dan rakyat.

“Sepatutnya Peristiwa Hitam 13 Mei 1969 jangan diulang lagi, begitu juga ruang campurtangan asing yang berlaku di negara lain oleh pihak yang menjemput mereka hendaklah dihalang lebih awal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sudah bersabar lebih daripada setengah abad sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.

“Walaupun dalam keadaan pasang sehingga berjaya memerintah negeri dan penah menyertai kerajaan pusat dan paling surut sehingga ditendang keluar daripada kerajaan dan jatuh kerajaan negeri dan tinggal satu kerusi di Parlimen laksana bertongkat paruh sahaja, namun semangat Pas seluruhnya terus mara bersama Islam.

“Pas terus mempersembahkan kepada rakyat hidangan penyelesaian Islam dalam mentadbir negara,” katanya.

Menurutnya, Pas tetap istiqamah, berdiri dan menuju ke arah Islam tanpa berganjak daripada dunia sehingga akhirat.

“Sila lakukan penilaian terhadap semua kerajaan negeri dan pusat dengan perbandingan yang jujur dan ikhlas,” katanya.

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2glGPQk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.