Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar tahfiz terima anugerah Pingat Hang Tuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar tahfiz terima anugerah Pingat Hang Tuah

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) memakaikan tengkolok kepada penerima Anugerah Pingat Hang Tuah kepada Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain (dua, kanan). — Foto BernamaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) memakaikan tengkolok kepada penerima Anugerah Pingat Hang Tuah kepada Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain (dua, kanan). — Foto BernamaBANGI, 1 Okt — Seorang pelajar Maahad Tahfiz yang berjaya menyelamatkan rakannya  dalam kebakaran di sekolahnya di Baling, Kedah Ogos lalu, hari ini dianugerah Pingat Hang Tuah daripada timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana keberanian dan sifat kepimpinannnya.

Mohamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain, 12, menunjukkan sifat berani apabila dia berpatah balik untuk menyelamatkan rakannya Hazwan yang jatuh tersungkur ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran di Maahad Tahfiz Al-Quran Wartabiyyatul Islamiah di Telok Teduri.

Pada 6 Ogos, Mohamad Farid, anak sulung daripada dua adik-beradik itu terjaga dari tidur dan melihat kepulan asap yang tebal memenuhi ruang bilik asrama di tingkat 3 bangunan maahad tahfiz itu.

Menyedari kebakaran, dia lantas bangun mengejutkan enam lagi rakannya yang sedang lena tidur dan segera menuruni tangga untuk keluar dari bilik asrama sebelum mencapai baldi dan mengisi air, dan naik semula bagi memadamkan api.

Namun usaha mereka gagal kerana api semakin marak dan keadaan menjadi semakin berbahaya.

Dalam keadaan genting itu, Mohamad Farid dan Hazwan segera turun untuk menyelamatkan diri namun Hazwan jatuh tersungkur dan Farid berpatah balik untuk menyelamatkan rakannya.

Hari ini, Mohamad Farid menerima anugerah gemilang itu sempena sambutan Hari Kebajikan Negara 2017 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, di sini.

Farid yang berbaju Melayu dan bertengkolok menerima wang tunai berjumlah RM5,000, trofi, dan sijil penghargaan .

Hadir pada majlis itu menteri pembangunan wanita, keluarga dan nasyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan timbalannya, Datuk Seri Azizah Mohd Dun. — Bernama



Sumber Pelajar tahfiz terima anugerah Pingat Hang Tuah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g2LVRa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.