Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peluang tonton Pentas Halaqah secara langsung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peluang tonton Pentas Halaqah secara langsung

PROGRAM bual bicara yang memenangi Anugerah Program Bual Bicara Terbaik di Anugerah Skrin 2016, Halaqah akan membuka ‘pintunya’ kepada umum buat kali pertama ke sebuah program khas, Pentas Halaqah hari ini (8 Oktober 2017).

Dihoskan secara langsung oleh siarawan Ahmad Noor Sulaiman bersama bintang ilmuwan Datuk Dr Danial Zainal Abidin, Pentas Halaqah hanya akan menerima 500 penonton sahaja.

Selain itu, Pentas Halaqah turut dimeriahkan dengan persembahan selingan artis tempatan, Khai Bahar dan gandingan Filsuf (Ahli Fiqir) serta Adib Muhibbain.

Halaqah yang sudah bersiaran di TV9 selama sembilan tahun berjaya menarik 6.4 juta penonton (sumber Nielsen Malaysia) pada musim lalu.

Berkonsepkan perbincangan, Dr Danial  memberi hujah berdasarkan topik perbincangan dengan menggabungkan ilmu al-Quran dan hadis dengan ilmu logik sains.

Hujahnya akan disahkan indikator, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dengan membacakan serta menerangkan potongan surah dan hadis yang bersesuaian dengan hujah Dr Danial.

Di Pentas Halaqah, topik pertama yang akan dibincangkan adalah Bila Dajal Bertanya iaitu lebih dari 1,400 tahun yang lalu, tanpa dirancang oleh seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Tamim Ar Dari telah bertemu dengan makhluk yang paling ditakuti oleh seluruh umat manusia yang akan muncul pada akhir zaman iaitu Dajal al Masih.

Pertemuan itu terjadi saat kapal yang dinaikinya rosak dan berlabuh di sebuah pulau. Dalam pertemuan tersebut Dajal al Masih telah bertanyakan beberapa soalan kepada Tamim yang pada ketika itu seorang penganut Kristian.

Apakah soalan-soalan tersebut? Topik Bila Dajal Bertanya akan dipecahkan kepada tiga kupasan iaitu mengupas maksud pertanyaan Dajal secara terperinci, serta apakah kaitan pertanyaan Dajal itu dengan kehidupan kita saat ini.

Topik kedua Pentas Halaqah iaitu Kuatkah Israel? akan membuktikan fakta seluruh umat manusia di dunia saat ini seolah-olah mengakui kehebatan dan kekuatan Israel.

Negara yang terbentuk pada tahun 1948 di atas tanah milik umat Islam Palestin itu telah melalui pelbagai tentangan dan krisis berdarah sehingga kini.

Namun dengan kemajuan dalam bidang ketenteraan, telekomunikasi, ekonomi, kesihatan, pendidikan, pertanian, teknologi maklumat malah hingga kepada perisikan, seolah kekal kuat di dunia arab.

Dengan jumlah rakyatnya yang tidak sampai 10 juta, Israel berdiri megah di pentas dunia dan berjaya menundukkan ancaman dari negara Islam.

Namun benarkah Israel begitu kuat? Dan sejauh manakah umat Islam memahami kelemahan Israel?

Kepada semua  penonton setia Halaqah yang ingin menonton Pentas Halaqah secara langsung boleh dapatkan tiket dengan harga RM50 Harga berkenaan bukan sahaja untuk tiket, malah turut merangkumi kupon makanan bernilai RM15, barangan eksklusif TV9 serta sesi beramah mesra. 

Tiket boleh dibeli di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam hari ini (Ahad, 8 Oktober 2017) bermula jam 11 pagi hingga 2 petang. 

Rakaman program Pentas Halaqah akan bermula pada jam 2.30 hingga 6 petang.

The post Peluang tonton Pentas Halaqah secara langsung appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y92QuI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.