Hi! Welcome Back and Stay Tune! PESTA ARAK: ZAHID SERAH PADA IGP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PESTA ARAK: ZAHID SERAH PADA IGP

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada pihak polis berhubung penganjuran Better Beer Festival 2017.

“Soalan ini teknikal. Saya fikir ia harus diserahkan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (foto),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Kebajikan Negara di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di Bangi, hari ini.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri ditanya sama ada larangan itu berkait dengan pilihan raya umum (PRU) tidak lagi, memandangkan pesta arak itu berlangsung tanpa sebarang masalah untuk tahun-tahun sebelumnya.

Jawapan itu di sebalik kenyataannya seperti dilapor Bernama 26 September lalu, yang polis telah diarahkan untuk menghalang acara itu daripada berlangsung.

Fuzi sebelum ini juga dilaporkan berkata, pihak polis mendapat maklumat wujudnya rancangan pengganas untuk melakukan sabotaj pada acara itu.

Better Beer Festival sepatutnya berlangsung pada 6 dan 7 Oktober ini. Penganjur Mybeer (M) Sdn Bhd membantah pembatalan permit oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas dasar tiada masalah timbul dalam penganjuran sebelum ini.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCP3KD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.