Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rahmat Allah SWT Tidak Akan Turun Kepada Orang Yang Memutuskan Silaturrahmi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rahmat Allah SWT Tidak Akan Turun Kepada Orang Yang Memutuskan Silaturrahmi

Image result for Rahmat Allah SWT Tidak Akan Turun Kepada Orang Yang Memutuskan Silaturrahmi



Sebagai seorang mukmin, kita perlu mengambil berat berkenaan dengan menjaga hubungan silaturrahmi ini sama seperti pentingnya kita menjaga ibadah solat fardhu. Mana mungkin kita menjadi seorang mukmin beriman dengan perintah solat tetapi dalam masa yang sama pula, kita ingkar kepada perintah memelihara hubungan persaudaraan sesama insan. Sedangkan kedua-duanya itu adalah merupakan kewajipan dan perintah daripada Allah SWT untuk kita melaksanakannya.

Menjaga silaturrahmi ini adalah amat penting kerana Rasulullah s.a.w pernah menegaskan kepada kita menerusi sabdanya yang bermaksud:

Sesungguhnya rahmat Allah SWT tidak akan turun kepada kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan silatrrahmi.”
(Hadis Riwayat Imam At-Tabrani)

Selain itu juga, para malaikat tidak akan turun kepada sesuatu kaum yang mudah memutuskan silaturrahmi sesama mereka. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya malaikat tidak akan turun kepada kaum yang di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturrahmi.”
(Hadis Riwayat Imam At-Tabrani)

Saudara,
Oleh kerana pentingnya menjaga silaturrahmi ini, kita hendaklah berusaha semampu mungkin agar dapat menjaganya dengan baik dan setidak-tidaknya mengetahui cara-cara bagaimana ingin mengeratkannya.

Menurut Ibnu Abu Jamrah, hubungan silaturrahmi ini boleh dieratkan dengan memberi harta, memberi bantuan dan pertolongan dalam menyampaikan hajat, menolak kemudaratan, bersemuka, mendoakan, mengeratkan dengan apa yang termampu daripada perkara kebajikan dan menolak apa yang termampu daripada perkara keburukan.
Sementara bagi mereka yang tinggal berjauhan pula, bolehlah berhubung dengan mengirimkan salam dengan berutus surat, whatsAppfacebook dan sebagainya, akan tetapi adalah lebih afdal jika kita mampu untuk menziarahi mereka. Mudah-mudahan dengan cara tersebut dapat mengeratkan lagi jalinan persaudaraan yang terbina antara mereka, InsyaAllah.

Sumber : http://mks.org.sg



✍ Sumber Pautan : ☕ Islam Itu Indah

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yabkSp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.