Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sentimen Risk Off Terus Menyokong Pengukuhan Emas Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sentimen Risk Off Terus Menyokong Pengukuhan Emas Hari Ini

Harga emas bermula lebih tinggi pada hari Isnin berikutan pasaran masih tidak senang dengan ketegangan di antara US dan Korea Utara dan pasaran China mula dibuka selepas bercuti selama seminggu.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX didagangkan pada $1,284.78 per auns, naik $9.88 atau 0.77 peratus pada jam 5.30 petang

Minit mesyuarat Fed menjadi fokus pada minggu ini supaya dapat mencari lebih banyak indikasi yang boleh menyokong kenaikan kadar faeadah pada hujung tahun ini. Selain itu, data inflasi US dan jualan runcit pada hari Jumaat juga menjadi tumpuan utama pasaran.

Di zon Eropah pula, ucapan Presiden bank pusat eropah (ECB) Mario Draghi akan diperhatikan bagi mencari pandangan baru bagaimana ECB akan mula beralih daripada dasar monetari mereka yang terlalu longgar.

Pada minggu lepas, harga emas melonjak naik pada hari Jumaat, keluar daripada paras terendah dua bulan lalu selepas sentimen risk-off menguasai pasaran akibat kebimbangan terhadap ancaman Korea Utara yang dijangka akan menjalankan ujian peluru berpandu jarak jauh (ICBM) pada minggu ini.

Semalam telah muncul semula perdebatan antara Trump dan Kim Jong Un melalui media negara masing-masing apabila kedua-dua mereka saling memberi ancaman dan kritikan.

Harga emas sensitif dengan perubahan risiko geopolitik. Jika risiko tersebut memberi kesan kepada ekonomi global, kebanyakkan pelabur akan memindahkan dana ke dalam aset safe haven seperti emas yang dipercayai dapat mengekalkan nilai pelaburan mereka.

The post Sentimen Risk Off Terus Menyokong Pengukuhan Emas Hari Ini appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yzkI3p

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.