16 sekolah terjejas, dua klinik tutup, 124 mangsa banjir masih di pusat pemindahan di utara Sarawak
KUCHING: Sejumlah 41 keluarga yang meliputi 124 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan mangsa banjir sehingga jam 12 malam tadi, kata jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri, Ismail Mahedin.
Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan di Bintulu dan Limbang.
“Di Bintulu, Dewan Sukan Tatau menempatkan empat keluarga dan 15 mangsa manakala Balai Raya Sebauh menempatkan tujuh keluarga dan 17 mangsa.
“Sementara di Limbang, Dewan Masyarakat Ukong dihuni 18 keluarga dan 52 mangsa sementara 4 SK Menuang menempatkan 12 keluarga dan 40 mangsa.
Kata Ismail lagi, sehingga tengah malam tadi, sebanyak 14 kawasan yang dipantau dilaporkan terjejas banjir.
“Kawasan tersebut adalah 13 di hulu Miri manakala masing-masing satu di Kapit, Bintulu dan Limbang.
“Manakala 16 sekolah di Limbang, lima di Baram dan lima di Tatau adalah yang terjejas teruk.
Selain itu katanya, empat sekolah di Sebauh, tiga di Mukah, dua di Kapit serta masing-masing satu di Belaga, Bintulu, Miri dan Bintulu berhadapan situasi yang sama.
“Sebanyak 12 Klinik Kesihatan turut tenggelam namun kebanyakannya masih boleh beroperasi.
“Dua daripada klinik ini terletak di Kapit, enam di Bintulu dan tiga di Miri.
Dua klinik yang tidak dapat beroperasi ialah Klinik Kesihatan Uma Sambop di Kapit dan Klinik Kesihatan Kakus di Bintulu.
Ramalan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan cuaca baik pada hari ini. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Ccgfmu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment