Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengawal Keselamatan Maut Ditanduk, Dipijak Kerbau - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengawal Keselamatan Maut Ditanduk, Dipijak Kerbau


KUANTAN: Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditanduk dan dipijak seekor kerbau ketika sedang menaikkan haiwan tersebut ke atas sebuah lori di kawasan belukar berhampiran rumahnya di Kampung Paya Tambang, Temerloh dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Bazarudin Yeop Yahya, 59, memanggil rakan-rakannya untuk membantu menaikkan kerbau itu ke kenderaan berkenaan untuk dijual namun secara tiba-tiba ia mengamuk.

Situasi itu, katanya, menyebabkan seutas tali yang mengikat haiwan itu menjadi longgar.

“Kerbau berkenaan mengamuk dan menanduk di bahagian perut serta memijak mangsa.

“Mangsa masih meminta rakan-rakannya menaikkan kerbau tersebut sedangkan dia terbaring kesakitan di belukar berdekatan sebelum dibawa pulang ke rumahnya,” katanya di sini hari ini.

Menurut Zundin, keluarga mangsa segera membawanya ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di perut. - UTUSAN ONLINE



✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cdgq0Q

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.