Hotel Radisson Royal dan FIFA 2018?
Kenapa dengan Rusia dan 2018?
Tak lain tak bukan, pastinya, acara yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh peminat di dunia, Piala Dunia FIFA 2018 yang menjanjikan sambutan luar biasa di negara itu kelak.
Jika anda sedang mencari-cari lokasi penginapan yang bertaraf lima bintang tetapi suka pada reka bentuk eksotik, apa kata anda 'google' Hotel Radisson Royal.
Tahukah anda, Radisson Royal dibina pada 1957 dan jangan terkejut kerana ia masih beroperasi sehingga kini dan paling selamat untuk dikunjungi.
Selamat? ya, diiktiraf sebagai hotel paling selamat dikunjungi di Rusia.Perkara itu dibuktikan oleh Pengarah Komunikasinya, Vlada Lvova.
Katanya, aspek keselamatan antara kriteria utama yang menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk singgah menginap di Radisson Royal.
Aspek keselamatan adalah keutamaan dan tanggungjawab pihaknya.
Radisson Royal yang menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini istimewanya terletak berdekatan sungai terkemuka di Moscow iaitu, Sungai Moskva.
Tambah Lvova, pihaknya kini sedang dan dalam persiapan, menambahbaik mutu perkhidmatan dan struktur bangunannya menjelang Kejohanan Piala Dunia FIFA 2018.
Mendapat gelaran dan jolokan, 'bandar dalam bandar', hotel yang menyediakan 535 bilik itu bercirikan gaya klasik.
Pada 28 April 2010, hotel yang berketinggian 206 meter dan berkeluasan lebih 100,000 meter persegi ditutup selama 3 tahun untuk kerja-kerja penambahbaikan dan sedikit pengubahsuaian.
Menurut Lvova, pengunjung patut singgah di 19 restoran termasuk bar sambil menikmati hidangan dari dalam dan luar negara dalam keadaan tenang dan selasa.
Nama lama bagi Radisson Royal dan sehingga kini dikekalkan namanya ialah 'Ukraina'
Malah penghargaan yang paling membanggakan Radisson Royal sejak dahulu dan kini, sering kekal di ranking berprestij oleh 'World Travel Awards'.
Sumber Hotel Radisson Royal dan FIFA 2018?
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DiAiz0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment