Amaran: Angin kencang, hujan lebat landa Sarawak, Sabah hingga esok
KUALA LUMPUR: Hujan lebat berserta angin kencang dijangka melanda Sabah, Sarawak, Terengganu, Pahang, dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran cuaca buruk itu melibatkan pantai barat Sabah, Labuan serta Limbang di Sarawak, selain daerah Kemaman, Kuantan, Pekan, dan Rompin di Pahang.Katanya, amaran cuaca peringkat waspada juga dijangka melanda negeri-negeri terbabit.
Jabatan itu berkata, amaran peringkat waspada melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun serta Cameron Highland, Temerloh Jerantut dan Raub.
“Manakala amaran peringkat sama turut berlaku di bahagian Sandakan, Sabah serta Miri, Sarawak,” katanya. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DicIlN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment