Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tahukah Anda Peratusan Perempuan Di Dunia? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tahukah Anda Peratusan Perempuan Di Dunia?


Cuba teka peratusan perempuan yang ada di dunia. (Buat tekaan anda sebelum anda membaca lanjut)....

Jika anda teka lebih kurang dengan peratusan lelaki, anda betul!

Bilangan lelaki dan perempuan di dunia adalah lebih kurang sama, namun begitu lelaki memiliki sedikit kelebihan dengan 102 lelaki kepada 100 perempuan (pada 2015). Atau lebih tepat, dalam 1,000 orang, 505 adalah lelaki (50.5%) dan 495 adalah perempuan (49.5%).

Untuk setiap 100 perempuan, 107 lelaki akan dilahirkan, tetapi lelaki mempunyai risiko kematian lebih tinggi daripada perempuan, samada semasa bayi atau usia dewasa. Oleh itu pada usia tertentu, bilangan lelaki dan perempuan akan menjadi seimbang.

Peratusan perempuan di dunia adalah 50% pada 1960, tapi peratusan itu sudah jatuh ke 49.5% pada 2015.


Di Malaysia, peratusan perempuan adalah 49.1 (1960) dan 48.4 (2015), manakala peratusan di Indonesia pula adalah 50.3 (1960) dan 49.6 (2015).

Klik di sini untuk senarai penuh peratusan perempuan di negara-negara lain.

[Sumber: Data World Bank, Population, Female (% of Total)]

*****

Berikut ini adalah carta peratusan penduduk Malaysia mengikut jantina dan kumpulan umur (bagi tahun 2000 dan 2010):


[Sumber: Jabatan Statistik Negara]

Saya sering takjub dengan bagaimana keseimbangan antara jantina ini dapat dikekalkan di negara demi negara dan dari zaman ke zaman. "Fisher Principle" yang diutarakan oleh Ronald Fisher cuba menerangkan bagaimana keseimbangan antara jantina terjadi melalui pemilihan semulajadi (natural selection). Tapi bagi saya, keseimbangan antara jantina itu adalah suatu keajaiban yang dilakukan oleh Tuhan yang telah menciptakan manusia.

Kredit


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zB0HFC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.