Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kami Tak Buat Apa Pun, Dia Datang Bulanlah Bang... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kami Tak Buat Apa Pun, Dia Datang Bulanlah Bang...


KUALA KETIL: “Kami tak buat apa pun, lagipun dia datang bulanlah bang,” antara alasan diberikan seorang penuntut kolej yang ditahan berkhalwat bersama teman wanitanya di Taman Insaniah, semalam.

Lelaki itu ditahan Skuad Al-Ansar dalam sebuah bilik di rumah sewa pasangannya manakala dua lagi rakan serumah pelajar wanita itu berada di bilik berasingan.

Pengerusi Al-Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung perbuatan terkutuk itu sekitar 5.30 pagi.

“Selepas solat Subuh, kami segera ke rumah dimaksudkan dan ketika serbuan dua rakan wanita itu membuka pintu rumah.

“Kedua-dua pasangan itu pula didapati berada dalam sebuah bilik. Mereka mengambil masa agak lama untuk buka pintu. Ketika pintu bilik dibuka lelaki itu menyorok di belakang pintu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kedua-dua penuntut itu diberikan hukuman rotan dan sesi kaunseling.

“Kita mengambil keputusan untuk tidak memperbesarkan kes ini, dengan tidak memaklumkan kepada ibu bapa atau menyerahkan kepada pihak berkuasa.

“Sebaliknya skuad Al-Ansar menggunakan pendekatan berdakwah secara berhemah dengan harapan mereka kembali bertaubat kepada ALLAH SWT,” katanya.

Loading...

✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2C9srnP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.