Semua Itu Hanyalah Gimik Awal Sahaja - Iqram Dinzly.
Pelakon Iqram Dinzly yang mencetuskan polemik dengan memuat naik pelbagai rakaman perlakuan pelik di laman sosial, Instagram mengakui, semua itu dilakukan sebagai gimik awal untuk mempromosikan perniagaannya.
Iqram, 36, berkata, dia terpaksa ‘menggadai diri’ dan sanggup berdepan kecaman ramai untuk memperkenalkan perniagaan yang baru diusahakannya di bawah jenama Bawaabata Merebucks.
“Lebih sedekad dalam industri hiburan, saya akur jika kita berbuat baik tiada siapa yang akan ambil peduli. Tetapi apabila sesekali berkelakuan aneh, mereka akan berterusan memperkatakannya hingga mencetuskan kontroversi.
“Mungkin ada yang melihat cara saya ini sebagai pemberontakan, tetapi saya ada sebab tersendiri mengapa berbuat demikian. Saya perlu melakukan anjakan dengan niat untuk memperkenalkan perniagaan merangkumi fesyen dan seni dengan lebih jauh,” katanya.
Anak kelahiran Perak itu kebelakangan ini mencuri perhatian ramai dengan pelbagai perlakuan pelik dan menyinggung sensitiviti masyarakat mencetuskan kecaman netizen hingga ada yang menganggapnya tidak lagi waras.
“Cara netizen mengadili saya seolah-olah mereka terlalu suci dan sempurna. Alang-alang menyakitkan hati, lebih baik saya teruskan. Lagipun, apa yang saya buat ini hanya sementara nanti saya akan berhenti,” katanya.
Ditanya mengenai dirinya yang membalas kecaman netizen dengan melemparkan kata kesat, Iqram berkata, tindakannya itu mencerminkan mentaliti masyarakat hari ini yang terbawa-bawa dengan media sosial.
“Jika mereka dengan sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan kesat, mengapa saya tidak boleh? Saya mahu sedarkan masyarakat perbuatan itu tidak elok. Jika mereka sakit hati dengan kata-kata yang dilemparkan, saya juga begitu,” katanya.
Iqram yang kini menetap bersama ibunya di Ipoh berkata, dia masih berminat untuk meneruskan kerjaya lakonannya, tetapi akan terlebih dulu meneliti tawaran yang diberikan.
“Tawaran berlakon masih ada, tetapi saya menolak kerana menghormati pemergian arwah bapa pada 10 Oktober lalu. Saya masih bersedih dan kehilangannya membuatkan saya tidak lagi kuat mengharungi dugaan hidup.
“Jika ada naskhah filem atau drama yang baik dan bayaran diberikan pula setimpal, saya akan pertimbangkan,” katanya.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zBtAlf
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment