Penyamun masuk rumah jam 3 pagi, ikat mangsa, larikan Hilux dan wang tunai RM7 ribu di Serian
SERIAN: Bertopeng serta bersenjatakan parang dan batang besi, sekeluarga di Kampung Tana Buda di sini bernasib baik apabila sekumpulan penyamun tidak mengapa-apakan mereka, hanya mengikat tangan dan kaki, dan menutup muka mereka dengan tuala ketika melakukan rompakan awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi,
melibatkan empat sekeluarga yang berumur 7 hingga 44 tahun dan pekerja mereka yang berusia 52 tahun.
“Suspek seramai tiga orang dipercayai masuk dengan memotong pagar dawai di sebelah rumah sebelum mengikat pekerja yang tidur di dalam bilik stor.
“Mereka kemudian memecah masuk ke dalam rumah melalui pintu tepi dapur dengan merosaklan cangkuk kunci mangga, sebelum mengejutkan keluarga terbabit yang sedang lena tidur.
Katanya, kesemua mangsa kemudian diikat dengan menggunakan tali nylon dan kabel pengecas telefon bimbit.
“Rumah mangsa agak terpencil dengan jarak rumah jiran terdekat adalah sekitar 200 meter manakala jarak rumah ke jalan besar sekitar 500 meter.
Kesemua suspek kata Aswandy, berbadan kurus dan dipercayai bercakap dalam loghat Indonesia.
“Kesemua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.namun kerugian besar apabila kenderaan jenis Toyota Hiluxnya dilarikan, bersama-sama dua unit telefon Samsung, wang tunai RM7,000 dan barang kemas yang dianggarkan RM4000.
“Kita telah meminta Unit Forensik dan anjing pengesan K9 untuk membantu proses memburu suspek,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan Samun Berkumpulan Tanpa Senjata Api. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DkUQa1
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment