Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Mahu Anak Saya Kembali, Saya Terseksa Tak Dapat Jumpa Anak Hampir 7 Bulan." Ibu Rayu Cari Anak Perempuan Usia 7 Tahun Warga Agentina Yang Telah Dilarikan Oleh Bekas Suami Hingga Ke Malaysia.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Mahu Anak Saya Kembali, Saya Terseksa Tak Dapat Jumpa Anak Hampir 7 Bulan." Ibu Rayu Cari Anak Perempuan Usia 7 Tahun Warga Agentina Yang Telah Dilarikan Oleh Bekas Suami Hingga Ke Malaysia..


“SAYA terseksa kerana tidak dapat jumpa anak hampir tujuh bulan," kata Elizabeth Avalos, 27, ibu Alum Langone Avalos, 7 yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu di Argentina dan terkini dikatakan dilihat di negara ini. 


Kisah kehilangan kanak-kanak itu tular di laman sosial sejak semalam dan mendapat perhatian netizen di negara ini.

Image result for Alum Langone Avalos, 7

Elizabeth ketika dihubungi Harian Metro berkata, tiga minggu lalu, ada individu memberitahu di Facebooknya bahawa anaknya itu ada dilihat di negara ini.

Related image

Katanya, anaknya itu didakwa dilihat bersama seorang lelaki dipercayai bekas suaminya. 

“Bekas suami saya melarikan Alum sejak 4 Jun lalu di Argentina. Dia kemudian membawa Alum ke beberapa negara termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan terbaru di Malaysia. 

Image may contain: 1 person

Image may contain: 3 people, people standing

“Pihak kedutaan Argentina turut memaklumkan ada rekod kemasukan bekas suami dan anak ke negara ini. Justeru mereka ( kedutaan) menyebarkan maklumat itu di laman sosial," katanya yang berada di Argentina.

Elizabeth berkata, dia buntu untuk menjejaki anak tunggalnya itu. 


“Orang awam pernah nampak anak saya bersama bekas suami dan seorang wanita yang berpura-pura sebagai ibunya. 

Image may contain: one or more people and closeup

“Saya kesal dengan perbuatan individu itu dan berharap anak saya dapat kembali ke pangkuan saya, saya mahukan anak saya kembali." katanya. 


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi kedutaan Argentina di Malaysia ditalian 012 2012464.

Sumber: Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DUt9Wy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.