Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Negeri BN Bakal Tumbang Jika Pembangkang Bersatu. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Negeri BN Bakal Tumbang Jika Pembangkang Bersatu.


SHAH ALAM: Lima negeri yang kini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka akan jatuh ke tangan pakatan pembangkang dalam PRU14 nanti seandainya semua parti itu termasuk Pas bersatu.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, berdasarkan kaji selidik yang di bawah tajuk 'Jika Pilihan Raya 6 bulan dari sekarang parti apa yang anda akan undi?'.

"Negeri berkenan adalah , Perak, Kedah, Pahang, Melaka dan Wilayah Persekutuan," katanya dalam pembentangan kaji selidik 'mood rakyat Malaysia menjelang PRU14', di Institusi Darul Ehsan di sini hari ini.

Sementara itu, katanya pembangkang mengekalkan kuasa mereka di negeri Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.

Jelasnya Pakatan Harapan termasuk Pas (bergabung dalam satu gabungan) memperoleh 59 peratus undian pemilihan sementara BN hanya memperoleh 39 peratus undian.

"Itu yang akan berlaku sekiranya Pakatan Harapan dan Pas bergabung," katanya.

Dalam pada itu katanya semua negeri yang diperintah BN turut terkesan kerana bakal hilang dua pertiga kuasa majoriti.

"BN akan hilang di semua negeri yang selebihnya," katanya.

Kaji selidik itu dilakukan terhadap 4,486 responden daripada 12 juta pengundi berdaftar di Semenanjung oleh IDE pada 11 hingga 15 Ogos lalu.

Ia melibatkan 130 Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Sumber


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BwIifb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.