Edward Snowden Melancarkan Aplikasi Haven Yang Mengubah Peranti Android Lama Menjadi Kamera Keselamatan
Edward Snowden dilabel sebagai pengkhianat kerana meniriskan kewujudan projek pemantauan yang dilakukan oleh NSA di seluruh dunia. Beliau melarikan diri ke Russia bagi mengelakkan diri dipenjarakan seperti Chelsea Manning. Beliau baru sahaja melancarkan aplikasi Haven yang mengubah peranti lama Android menjadi kamera keselamatan.
Peranti pintar moden dilengkapi kamera, mikrofon dan pelbagai sensor yang diperlukan untuk menjadikannya sebuah kamera keselamatan yang murah. Dengan hanya memasang Haven, peranti lama dengan mudah dikitar naik untuk memantau rumah dan pejabat. Haven mensasarkan golongan aktivis dan wartawan yang risau diri mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa.
Snowden berharap dengan penggunaan aplikasi ini, dua golongan ini akan merasa lebih selamat untuk meneruskan usaha mereka menentang kebathilan.
Muat turun aplikasi Haven dari Google Play
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DbALTu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment