Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Ada Unsur Khianat." Datuk, Nenek Dan Cucu Ditetak Dan Dibunuh Sebelum Dibakar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Ada Unsur Khianat." Datuk, Nenek Dan Cucu Ditetak Dan Dibunuh Sebelum Dibakar


KUALA LUMPUR: Empat sekeluarga yang maut kebakaran di sebuah rumah di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang awal pagi tadi dipercayai dibunuh sebelum dibakar.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmad berkata, siasatan awal Pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) pihaknya mendapat terdapat kesan tetakan pada badan mangsa.


"Siasatan mendapati terdapat kesan luka dipercayai tetakan pada badan tiga daripada mangsa. Kesemua mangsa dipercayai telah dibunuh kemudian telah dibakar,

ANGGOTA bomba membuat pemeriksaan terhadap sebuah rumah yang terbakar di Jalan Tepi Laut, Tanjung Sepat, Sepang, pagi tadi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

"Bagaimanapun begitu punca kematian akan disahkan sepenuhnya selepas bedah siastan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Pihaknya juga mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 pagi tadi, empat sekeluarga yang maut adalah pasangan suami isteri dikenali sebagai Chia Tee Nang, 73, Lim Mai Shak, 68 dan cucu mereka, Chia Yuan Bin, 3, manakala seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang masih belum dikenal pasti.


Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, semua mangsa ditemui selepas api berjaya dipadamkan kira-kira jam 7 pagi.

VIDEO:


Sumber: Astro Awani & BH


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2z76Z2O

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.