Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isteri maut, selepas Myvi dipandu suami rempuh belakang jentolak di Sungai Bidut, Sibu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isteri maut, selepas Myvi dipandu suami rempuh belakang jentolak di Sungai Bidut, Sibu

SIBU: Remuk hati seorang suami apabila mendapati si isteri yang duduk di sebelahnya terkulai tidak bernyawa, selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah jentolak di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima maklumat insiden tersebut sekitar 6 pagi tadi dan sebuah jentera FRT dan ambulans EMRS daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, dengan kekuatan lapan anggota segera diatur gerak ke lokasi di Jalan Sungai Bidut di sini.

“Jentera kita telah tiba di lokasi sekitar jam 6.09 pagi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang melanggar belakang sebuah jentolak yang diletakkan dibahu jalan.

“Terdapat dua mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan pihak kita telah berjaya mengeluarkan mereka sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan awal.

“Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Sibu oleh pasukan paramedik manakala isterinya, dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sibu dengan kenderaan polis,” katanya.

Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – Sarawakvoice



✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2o19mRB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.